Assalamualaikum w.b.t.
FYI, post ini merupakan post pertama untuk blog ni. Aku bukanlah orang yang suka menulis cuma diri ini rasa terpanggil untuk kongsikan segala pengalaman yang aku sudah lalui supaya kau orang yang baca post ini, dapat belajar dan juga ambil pengajaran.
Ok. Kembali kepada tujuan asal, aku nak ceritakan perjalanan aku semasa mendapatkan lesen P kereta manual. Aku daftar di Institut Memandu Semangat Intrajaya. Lebih dikenali dengan nama SIJ dan terletak berdekatan dengan Taman Perindustrian Krubong, Melaka. GPS ja, Dijamin jumpa.
Aku ambil lesen kereta di SIJ sebab lagi dekat dengan rumah yang aku tinggal sekarang. Ada banyak lagi pusat memandu lain, contohnya Zapcity, Detik Erat etc. tapi jauh daripada rumah. Rumah aku kat Bertam Setia, so drive dalam 15 minit dah boleh sampai SIJ.
Alhamdulillah, aku ditakdirkan untuk didaftarkan dibawah seorang ejen ni. Namanya Kak Linda. Macam mana aku boleh dapat contact Kak Linda? Haaaa.. aku dah went through semua blog dan facebook yang mention nama SIJ, maka aku diberi contact number daripada admin facebook rasmi SIJ.
Kak Linda ni baik. Senang berurusan dengan kakak ni. Semuanya dia tolong arrange, janji kau bayar duit la. hahaha.. Aku informed Kak Linda bulan September aku kena balik universiti, maka dia kata dia akan tolong aku dapatkan lesen P by early of September 2015 (sekarang: 30.07.2015). Part harga pula, kereta manual RM 980, kereta auto RM 1380. Lebih murah berbanding di Kedah, yang mana harga lesen kereta manual ialah RM 1000++ cekik darah semuanya.
Aku dah hadiri kursus KPP 01 dan telah lulus ujian Bahagian I. Alhamdulillah! Syukur sangat lulus ujian, tapi kalau tak lulus, melayang RM130 untuk re-test ujian komputer ni. Aku pass dengan markah 48/50. Markah lulus ujian ni 42/50. So, sabtu ini (1.8.2015) aku akan hadir untuk teori&amali selama 5 jam setengah.