Assalamualaikum w.b.t.
Bukan nak riak, tapi aku bangga dengan diri sendiri sebab
dalam masa 4 jam, aku dah boleh bawak kereta manual. Alhamdulillah, selepas
menjalani kelas teori & praktikal, aku dah tahu serba sedikit pasal kereta,
terutamanya bahagian enjin kereta, cara-cara nak pandu kereta, termasuklah
kawal clutch (baca: cekam), brek, minyak, stereng kerata etc.
Macam mana? Aha.. begini kisahnya..
Pukul 7.50 pagi, aku dah cap jari di pejabat SIJ, sebagai
bukti kehadiran aku ke kelas teori yang wajib dihadiri selama 5 jam setongah. Mula-mula
sekali, cikgu ajar aku dua benda pertama yang perlu diketahui sebelum ujian
JPJ, iaitu Rutin Pemeriksaan Kenderaan (baca: RPK) dan Rutin Sebelum Memandu
(baca: RSM). Dua perkara ini, tiada yang sulit sangat, hanya perlu hafal dan
faham J
Lepas selosai bab RPK dan RSM, Cikgu bawak aku jalan-jalan
dalam litar, sambil direct teaching on
how to drive a car for beginners. Maka, diarahnya aku bawak kereta
pusing-pusing litar berkali-kali and then cikgu suruh cuba bawak kat selekoh S.
Ahah, now comes the hard time! MasyaAllah, susah lahai. Tapi jangan risau,
selepas praktis berkali-kali, kompom boleh pass punya.
Tapi aku tak pass lagi since aku praktis sekejap ja. Cikgu
mula ajar aku selepas 3 jam aku duduk macam orang bodoh tengok orang lain bawak
kereta. Kenapa 3 jam? Sebabnya ada student lain yang sewa kereta cikgu tu,
padahal aku dah booked 5 jam setengah dengan bayaran RM250! So, nampak disitu
ketidakadilan dalam pembahagian hak dan ketamakan duit. Duit aku dia dapat,
duit orang sewa kereta dia dapat jugak. Mula pukul 11.00 pagi, memang matahari
lagi sikit nak terpacak atas kepala lah kan. Aku tak tahan bahang matahari,
sakit kepala seharian dibuatnya. Menitik peluh jantan kat dahi. Jadi, aku
praktis 1 jam setengah ja. Duduk rehat kat kerusi dan tunggu sampai masa nak
cap jari lagi.
The next two days, aku datang praktis lagi. Kali ni, aku
cuba semua elemen dalan litar.
i)
Selekoh S
ii)
Selekoh Z
iii)
Parking sisi
iv)
Tiga penjuru
v)
Bukit
All went well that day! Just need a little bit more
practices. 8 more hours would be enough to sharpen my driving skills before
taking JPJ test. I pray no more money would be spent on this. Amin!~