Friday, August 7, 2015

Aku dah boleh drive lah! :D

Assalamualaikum w.b.t.

Bukan nak riak, tapi aku bangga dengan diri sendiri sebab dalam masa 4 jam, aku dah boleh bawak kereta manual. Alhamdulillah, selepas menjalani kelas teori & praktikal, aku dah tahu serba sedikit pasal kereta, terutamanya bahagian enjin kereta, cara-cara nak pandu kereta, termasuklah kawal clutch (baca: cekam), brek, minyak, stereng kerata etc.

Macam mana? Aha.. begini kisahnya..

Pukul 7.50 pagi, aku dah cap jari di pejabat SIJ, sebagai bukti kehadiran aku ke kelas teori yang wajib dihadiri selama 5 jam setongah. Mula-mula sekali, cikgu ajar aku dua benda pertama yang perlu diketahui sebelum ujian JPJ, iaitu Rutin Pemeriksaan Kenderaan (baca: RPK) dan Rutin Sebelum Memandu (baca: RSM). Dua perkara ini, tiada yang sulit sangat, hanya perlu hafal dan faham J

Lepas selosai bab RPK dan RSM, Cikgu bawak aku jalan-jalan dalam litar, sambil direct  teaching on how to drive a car for beginners. Maka, diarahnya aku bawak kereta pusing-pusing litar berkali-kali and then cikgu suruh cuba bawak kat selekoh S. Ahah, now comes the hard time! MasyaAllah, susah lahai. Tapi jangan risau, selepas praktis berkali-kali, kompom boleh pass punya.

Tapi aku tak pass lagi since aku praktis sekejap ja. Cikgu mula ajar aku selepas 3 jam aku duduk macam orang bodoh tengok orang lain bawak kereta. Kenapa 3 jam? Sebabnya ada student lain yang sewa kereta cikgu tu, padahal aku dah booked 5 jam setengah dengan bayaran RM250! So, nampak disitu ketidakadilan dalam pembahagian hak dan ketamakan duit. Duit aku dia dapat, duit orang sewa kereta dia dapat jugak. Mula pukul 11.00 pagi, memang matahari lagi sikit nak terpacak atas kepala lah kan. Aku tak tahan bahang matahari, sakit kepala seharian dibuatnya. Menitik peluh jantan kat dahi. Jadi, aku praktis 1 jam setengah ja. Duduk rehat kat kerusi dan tunggu sampai masa nak cap jari lagi.

The next two days, aku datang praktis lagi. Kali ni, aku cuba semua elemen dalan litar.
i)                    Selekoh S
ii)                   Selekoh Z
iii)                 Parking sisi
iv)                 Tiga penjuru
v)                  Bukit


All went well that day! Just need a little bit more practices. 8 more hours would be enough to sharpen my driving skills before taking JPJ test. I pray no more money would be spent on this. Amin!~

1 comment:

  1. assalam akak. lulus jpj test sekali je? akak boleh tak cerita pengalaman akak mcm mana aturan dari pergi sampai balik? bila baca post akak, buat saya hilang nervous sikit. saya ni slow sikit kalau belajar. saya pon belajar kereta dgn cikgu linda (kak linda). syukur, mcm akak bgtau kak linda ni mmg mudah nak ngam dengan dia. dia sgt sabar ajar saya yg cepat gelabah ni. hehe

    ReplyDelete