Bismillah.
Assalamualaikum w.b.t.
Sekian lama tak update blog, akhirnya dapat jugak masa untuk entri baru. Entri seperti yang tertulis.
Baru-baru ni, ada yang singgah kat blog, baca entri lesen kereta. Searched keywords, mostly pasal harga. So, tetiba teringat niat saya nak share pasal tips lulus Ujian Komputer.
Before that, nak cakap sikit pasal harga lesen kereta kat Semangat Intrajaya. Ini maklumat penting ni, so sila bagi perhatian. Harga lesen kereta (D manual or D auto) berbeza-beza bagi setiap cikgu. Macam post saya Julai lalu, saya dapat harga RM 980. Bila saya sembang-sembang dengan students kat SIJ, diorang dapat harga lain. I was so confused because i thought the rate is fixed.
Then, i found out that, that happened because of duit minyak. They charge you based on how far they need to fetch you up. So, saya sarankan anda semua yang berniat nak ambil lesen, datang sendiri ke pusat memandu, walaupun jauh. Sebab apa, boleh jadi cikgu anda tu charge RM 100. Saya sendiri kena RM 80.
Kembali kepada tajuk asal, tips nak lulus mudah sahaja. Pertama sekali, FOKUS DALAM KELAS. Sumpah, tolong fokus dalam kelas sebab apa yang cikgu bagi tahu dalam kelas itu yang akan masuk. Percayalah. Saya sudah ambik ujian komputer dua kali (B2, D), saya baca part apa yang cikgu tekankan dalam kelas, hasilnya lulus kedua-dua ujian. So, jimat masa sebab tak perlu baca buku sampai habis. Tolong la, korang nak baca ke buku yang tebal tu -_-
Kedua, BUAT LATIHAN. Semasa kelas, cikgu akan jual buku soalan ujian komputer. So, kalau memang tiada buku tersebut di rumah anda, mohon melabur sedikit untuk memudahkan masa depan anda. Range harga RM 2- RM 5(ikut harga semasa). Kalau tak lulus, kena ambil ujian sekali lagi, and that is where you will fork out more money. Almost hundred ringgit.
Ketiga, SEMASA UJIAN, KAWAL PERASAAN. Nervous tu kena control and be confident. Kalau sudah bersedia, insyAllah tiada masalah. Bila nervous, kita akan jadi kurang yakin dengan jawapan kita and will lead to mistake. Saya amalkan tiga tips ni, memang menjadi untuk saya.
Moga tips ini bermanfaat buat anda yang bakal menjalani ujian komputer. Ingat, kalau nak lulus, kena usaha lebih. Kalau usaha sikit, dapat sikit. Kalau usaha banyak, dapat banyak.
Neves tu lain macam😭😭 ujian komputer petang ni.
ReplyDeleteGenesis Vs. PS5: the best single price comparison (2021)
ReplyDeleteThe Best Single casinosites Game Comparison – Genesis Vs. 카지노사이트 PS5: The Best Single Game